fatiha shuib
Kesihatan Mental.Kemanusiaan.Impak Sosial
Kesihatan Mental.Kemanusiaan.Impak Sosial
FATIHA SHUIB
'We Rise by Lifting Others'
Fatiha Shuib ialah Co-Founder SAPOT, sebuah inisiatif digital kesihatan mental yang memperkenalkan Accredited Peer Support di Malaysia melalui platform sokongan komuniti, latihan, dan program pemerkasaan emosi. Usahanya dalam SAPOT telah membuka ruang akses kepada sokongan psikososial yang lebih inklusif dan berasaskan pengalaman hidup (lived-experience informed), serta memberi impak kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau merupakan penerima beberapa pengiktirafan profesional dan kepimpinan sosial, antaranya:
Tatler Gen.T Asia Honouree
Acumen Southeast Asia Fellow
HRD Corp Accredited Trainer (Train-the-Trainer Certified)
Accredited Peer Supporter & Trainer (IMROC – UK-based peer
support )
Selain kerja bersama SAPOT, Fatiha ialah pengasas keusahawanan sosial 1Moment4Them, sebuah gerakan berteraskan kesihatan mental dan kemanusiaan. Sejak 2015, beliau telah melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan, konsert amal, projek komuniti dan inisiatif digital berimpak sosial, dengan nilai pelaksanaan kolektif hampir RM1.5 juta. Kejayaannya menjadi inspirasi ramai dan beliau telah ditemu bual oleh pelbagai media termasuk Astro Awani, Utusan Malaysia, Majalah InTrend dan lain-lain.
Fatiha berlatarbelakangkan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Jordan dan kini aktif menyebarkan kesedaran awam melalui pengalaman peribadinya sebagai pemandiri ADHD Dewasa dan Bipolar Type II, dengan fokus kepada empati, keselamatan emosi, dan sokongan komuniti.
Untuk jemputan program, kolaborasi atau peluang kerjasama:
Emel: fatihashuib@gmail.com
Facebook: Fatiha Shuib
Instagram: Fatiha Shuib